Wednesday, July 2, 2008

Petua Mendapat Pasangan...

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang
menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda.
Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada
jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha.
Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh
disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan
anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana
mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga
anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar
diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal
pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang
murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda
daripada semua perasaan yang negatif terhadap
semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga
ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran,
maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan
berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda
akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda
membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan
membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus
sentiasa bersedia untuk bertemu dengan
pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu
sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap
masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya.
Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi
tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal
pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta.
Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta
mudah datang kepada mereka yang sentiasa
bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati.
Justeru, perhebatkan hubungan mata secara
memandang bakal pasangan dengan penuh kasih
sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran.
Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda
terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini
secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati
sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal
pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu
menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan
usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa
merasakan mereka yang memulakan perkenalan
walaupun sebenarnya orang perempuan yang
mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat
menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan.
Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan
terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang
dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan
perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan
kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti
kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk
suasana keintiman dengan segera agar bakal
pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang
munasabah kepada bakal pasangan, semakin
mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai
mendampingi orang lain dan seronok untuk
didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang
menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang
masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang
boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak
tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal
pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah
kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan
dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada
perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah
berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian
lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki
yang memberi perhatian, penghargaan dan
penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki
janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah
orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak,
keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan
dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan.
Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal
pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan
bahasa badan yang penuh kemesraan akan
menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan
yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat,
tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan
membosankan. Banyak sangat perbezaan
menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan
yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi
dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal
pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau
berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian
adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan
berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan
dengan melakukan sesuatu kegiatan secara
bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan
yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi
seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap
terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh
serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu
atau dua persamaan yang mendalam seperti suka
kepada kucing, suka melancong atau suka ramai
anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal
pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak
berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri,
serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan
emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau
peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat,
benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai
pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap
keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian,
pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal
pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh
bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri
anda dan pamerkan kepadanya yang anda
mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat.
Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika
anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta,
keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika
anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya,
rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau
memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati
bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak
sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal
pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih
bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada
kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang
digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia
rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan
kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda
yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan
ini dengan bersemangat dan dia akan mudah
tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering
dipuji , cari pujian yang original untuk menambat
hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang
pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap
pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini
membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan
keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan
terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal
pasangan anda. Nyatakan yang anda suka
kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa
istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu
cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari
bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan
kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk
mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada
pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci
dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan
anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang
gentleman – bersopan santun, suka membantu,
menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar,
perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran
komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa
bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di
samping memasukkan sifat perempuan dalam
dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi ,
timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat
kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti
minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti
macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu
bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya
tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya,
kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara
yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan
harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan
mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara,
peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan
menempelak atau menunjukkan kesilapan atau
kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik
memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki
yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta
bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar,
bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan
harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara
ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan
memasukkan unsur perasaan akan membunuh
minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan
kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari
dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri
nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada
lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada
perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa
dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk
suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa
untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara
terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan
sering bercakap secara berlapik, terperinci dan
banyak yang tersirat.


" MENGUSAHAKAN SESUATU ADALAH JAUH
LEBIH BAIK DRPD TIDAK MELAKUKAN APA-APA,
WALAUPUN ADAKALANYA YG DIUSAHAKAN ITU
GAGAL

No comments: