Friday, August 22, 2008

Penurunan Harga Minyak Berkuat kuasa Tengah Malam Ini (23.08.2008)

Assalamualaikum W.B.T.

Syukur esok minyak akan turun.. Walupun tak banyak ini menunjukkan kerajaan dah sedar yang harga minyak sekarang telah membebankan rakyat..

Rakyat kata .. Sekarang kerajaan dah turunkan harga minyak.. Tapi lepas ni rakyat akan kata lagi.. Turun pun ciput je.. Macam takde beza ngan minyak sekarang ni.. Tapi ini tetap dipanggil penurunan harga minyak juga..

Kerajaan janji akan turunkan harga minyak pada 1 September 2008.. Tapi ni baru 23 Ogos 2008.. Dah kira ok le tu.. Tengah malam ni aku leh isi minyak banyak le.. Mana le tau kot naik lak minyak sehari dua nanti..

Kenapa Kerajaan turunkan harga minyak lebih awal dari tarikh yang mereka tetapkan?? Adakah ini satu taktik politik?? Maklumlah, sekarang ni kan tengah panas² nak mengundi di Permatang Pauh.. Nak pancing pengundi le ni..

Tapi aku pelik gak ngan wakil rakyat ni.. Dekat nak ngundi baru sibuk nak lawat rakyat.. Tanya makan minum cukup tak, rela jalan tgh² panas lak tu.. Nak jadi wakil rakyat punya pasal.. Tapi time nak ngundi je nampak batang idung diaorang ni.. Aku bukan fokus kat Permatang Pauh je.. Kat semua tempat macam tu.. Nak kata sblm ni dia banyak keje.. Skarang tak banyak keje ke siap leh jumpa rakyat lagi.. Pelik dengan dunia politik ni.. Walau pun aku tak arif sangat tentang politik ni.. Tapi aku leh tengok dan pikir sdiri.. Ni pada pemikiran aku le.. Adaakah betul pemikiran ku ini?? Adakah sama ngan pemikiran korang??

Tengah malam ni minyak akan turun sebnyak 15 sen seliter.. Nilai penurunan yang agak rendah jika di bandingkan dengan kenaikan minyak baru² ni.. Aku ingat leh turun paling kurang 30 sen.. Subsidi minyak tu dikira macam mana ek?? Aku tak arif benda ni.. Mengikut info yang aku dapat.. Minyak akan turun 15 sen seliter dari RM2.78 kepada RM2.55 mulai tengah malam ini.


Penurunan yang kecil je ni.. nampak gayanya ada lagi le yang menolak keta masuk stesen minyak sebab dah abis minyak kat tengah jalan..



Terpaksa le aku terus gunakan motor COWasaki aku tuk berulang alik dari rumah ke tempat lepakku.. Penat!! Nasib baik aku tak jual lagi motor COWasaki aku ni..



Yang pasti.. Stesen minyak malam ni tak jadi macam ni.. Sebab minyak dah turun.. Esok lusa boleh isi minyak lagi.. Kalau jadi macam ni gak.. Samaada aku tersalah info tentang penurunan harga minyak sebanyak 15 sen kepada kenaikan harga minyak sebanyak 50 sen.. Atau pun diaorang ada rombongan kemana-mana kot.. Jangan pedulikan mereka..



YAHOOOOO..!! Harga minyak dah turun.. Harga baru ni akan kekal sepanjang tahun ni.. Tak kira le harga minyak dunia naik ke turun.. Kita tetap ngan harga ni.. Rebat pun sampi bulan Mei 2009 kerajaan akan bayar.. Berpeluang gak aku merasa rebat minyak ni.. Ingatkan dah tak dapat.. Pe² hal pun.. Aku berharap harga minyak akan turun lagi.. Hehehehe..!!

No comments: