Friday, August 1, 2008

Perihal Jin Dan Hantu...

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil.

Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun

lamanya .



2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk

menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.

melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua

iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada

dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak

Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).



4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu

dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan

asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka

sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang

suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. (terkena??

hahaha..)



5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan,

lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan

kubur.



6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan

(contohnya jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman,

Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi

Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan,

"Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin

dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit

jin !!!! (terkena lagi?? hahaha..)



7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada

dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib,

pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan

jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman

meninggal pun jin tidak perasan/tahu.



Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat

kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga

anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan

jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh

jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.



8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong

yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka

mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di

lubang-lubang (tanah).



9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang

baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum

duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah,

sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung

tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!



10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10

kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti

(tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.





















1 comment:

Anonymous said...

gambar edit ke tu?????